Wednesday, July 29, 2009

Daddy Sex Tu Apa ?!!!!

DADDY SEX TU APE!!!!!

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk
sekolah primary bertanya kepada daddynya,

Daddy.daddy. ...sex tu apa, daddy..?'

Terkulat-kulat si ayah.. Terfikir dia
tentang arus kemodenan zaman
sekarang yang membuatkan manusia
berfikiran terbuka, termasuklah anak-
anak yang masih kecil.. Sesuai dengan
konsep pendidikan seks yang sedang
hangat dibincangkan, mulalah si
ayah mencari-cari jawapan yang sesuai
dengan harapan anaknya takkan tertinggal
dalam arus pendidikan moden.
Maka si ayah pun memberikan jawapan
secara mengkiaskan kumbang dan
bunga,telur yang yang menetaskan berudu
dan seterusnya menjadi katak,
hujan serta benih yang mencetuskan tunas,
diikuti dengan pembentukan
bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si
ayah menyelitkan pula kisah
percintaan antara dia dan mamanya sejak
dari zaman sekolah menengah lagi
hinggalah
kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak
yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis
teresak-esak. Si ayah kehairanan.

'Eh kenapa ni?'

Si ayah bertanya kehairanan. Si anak
masih juga menangis.

'Jawapan daddy tu panjang sangat,
tapi tempat nak tulis jawapan ni
pendek. Daddy ajalah yang tulis,
waaaaa!!!!'

Kata si anak lantas menyerahkan buku
latihan Bahasa Inggerisnya yang
pada muka depan tertulis.... .



NAME : ............ ......... ......... ....
SCHOOL : ............. . ........... ......... ...
CLASS : ............ ......... ......... .....
SEX :........... . ......... ........ .....

Thursday, July 23, 2009

Babi Berbulu Kambing Bebiri

Seekor babi betina milik ELizabeth memiliki keunikan yang menyerupai bulu domba, ditemukan di pelelangan livestock di kota Lancashire akhir minggu kemarin.Babi dari spesies Austrian Mangalitza Gilt didapat dengan harga 250 pundesterling.