Wednesday, December 30, 2009

Monday, December 28, 2009

Tuesday, December 8, 2009

Ibu terkecil di dunia melahirkan bayi



CINCINNATI, Amerika Syarikat (AS) - Ibu terkecil di dunia, Stacey Herald selamat melahirkan anak ketiganya, Malachi lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini, doktor memberi amaran kepada Stacey yang tingginya 0.7 meter mengenai risiko baginya untuk mengandung dan melahirkan anak kerana tubuhnya yang kecil.

Bagaimanapun, ibu berusia 35 tahun itu nekad untuk berkeluarga dan telah melahirkan dua anak perempuan Kateri dan Makya masing-masing berumur tiga tahun dan 18 bulan sebelum memperoleh bayi ketiganya.

Dia berkahwin dengan lelaki yang mempunyai ketinggian 1.7 meter iaitu Will Herald, 27.

Bayi lelaki yang baru dilahirkannya itu memiliki berat cuma 0.9 kilogram.

Bayi itu dilahirkan lapan minggu lebih awal menerusi pembedahan caesarean di sebuah hospital di sini pada 28 November lalu.

Herald terpaksa menggunakan kerusi roda kerana menghidap penyakit ganjil genetik, Osteogenesis Imperfecta yang menyebabkan tulang rapuh dan paru-parunya cacat selain merencatkan tumbesarannya. - Agensi





Rusa putih ditemui di Britain


GLOUCESTER - Rusa putih telah lama dikaitkan dengan mitos dan legenda yang sukar ditangkap.

Pemerintah England, Raja Arthur pernah kecewa kerana gagal dalam percubaannya untuk menangkap rusa putih.

Namun, seorang jurugambar, Ken Grindle berjaya merakamkan gambar seekor rusa putih di hutan Dean dekat Lydney, Gloucestershire.

Ken, 66, berjaya merakamkan gambar haiwan itu buat kali pertama selepas enam tahun gagal melakukannya di kawasan sama.

"Saya berasa terkejut apabila melihatnya. Saya menunggu di sebuah kawasan dan ia amat bertuah. Rusa itu berjalan di depan saya.

"Ia (rusa putih itu) amat cantik," katanya.

Hutan Dean dipercayai menjadi habitat pelbagai makhluk aneh termasuk babi hutan dan rusa putih.

- Agensi